Bagi ibu-ibu yang baru mendapatkan cahaya mata, pasti rasa
gembira teramat sangat kan. Ingat lagi waktu selepas melahirkan anak pertama
saya, walaupun penat masih terasa namun kegembiraan menyambut bayi itu
mengatasi segalanya.Tapi, ramai ibu-ibu yang mula berasa ” stress” semasa dalam
pantang bila pelbagai cabaran harus ditempuhi .
Terutama sekali yang baru pertama kali bergelar ibu. Memang
hidup kita akan berubah 100%. Kalau dulu, kita boleh buat apa yang kita suka
pada bila-bila masa, tapi selepas kehadiran si comel, jadual harian kita akan
bergantung kepada keadaan si kecil. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang
menyusukan bayi .
Antara masalah utama yang akan dihadapi oleh ibu-ibu baru
(berdasarkan pengalaman peribadi dan bacaan).
- Masalah keletihan dan kelesuan akibat berjaga pada waktu malam dan tidak cukup tidur.
Bayi yang menyusu badan memang akan kerap
bangun pada waktu malam. Ini disebabkan susu ibu yang mudah dihadam dan bayi
akan cepat lapar. Berlainan dengan bayi yang minum susu formula, mereka akan
minum dalam kuantiti yang banyak dan akan berasa kenyang untuk tempoh yang
lebih lama. Oleh sebab itu ‘breastfeeding mommies’, bersedialah untuk bangun
setiap 2-3 jam sekali. Sebab itu orang selalu pesan, tidur sekali bila bayi
tengah tidur sebab masa itu je lah kita dapat berehat. Boleh juga mengambil
supplemen untuk sentiasa kekal cergas dan memberikan tenaga.
- Sukar untuk menyusun jadual harian yang telah bertukar sama sekali.
Semasa dalam pantang, mungkin
kita tidak akan mengalami masalah ini kerana ada yang membantu. Tapi, bila
sudah balik ke rumah sendiri, ini mungkin menjadi masalah utama. Saya juga
mengalami masalah ini, mana taknya, baru mula nak masak, baby dah menjerit.
Pendek kata, semua aktiviti kita akan bergantung kepada mood bayi. Tak semua
yang mengalami masalah ini sebab karakter setiap bayi berlainan, ada yang baik
je tidur sepanjang hari, bangun apabila lapar, dan ada juga yang tidak mahu
langsung ditinggalkan sendirian(baby saya lah tu..hihi)
- Masalah kesihatan selepas bersalin seperti sakit pinggang, selalu pening dan keputihan.
Percayalah, lepas melahirkan anak, badan
kita akan rasa lemah dan penat, sebab itu pentingnya penjagaan rapi semasa
berpantang. Masalah biasa yang dihadapi adalah sakit pinggang, selalunya disebabkan kedudukan yang tidak betul semasa menyusukan bayi ataupun kekurangan
kalsium. Pengalaman saya, selepas habis pantang memang pinggang selalu sakit
dan ada juga masalah keputihan. Alhamdu Lillah, setelah mengambil Ostematrix
dan Alfalfa daripada Shaklee, masalah tersebut beransur hilang.
Untuk menjadi ibu,kena juga ada ilmu pengetahuan. Bila ilmu
penuh didada, barulah kita yakin dan dapat menghadapi semua masalah yang
datang. Untuk menambah ilmu, kena lah banyak membaca dan rajin bertanya kepada
orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, di zaman IT ni, boleh lah cuba
menyertai ‘support group’ yang banyak di FB ataupun forum-forum di internet.
Yang penting kita pandai menilai apa yang sampai pada kita. Bukan terima
bulat-bulat apa orang kata ya!
- Masalah penyusuan seperti susu tidak cukup dan bengkak susu.
Ini memang masalah biasa yang
dihadapai. Lebih –lebih lagi kepada ibu yang bekerjaya. Memanf frust bila stok
susu tidak menepati sasaran kita. Seperti point diatas, yang penting adalah
ilmu pengetahuan berkaitan penyususan ibu. Lagi banyak ilmu yang kita ada, lagi
mudah untuk kita mengatasi masalah yang datang.
Fuhh..panjang juga saya menaip. Point-point diatas adalah di
antara cabaran yang mungkin akan dilalui oleh ibu-ibu, lebih-lebih lagi untuk
ibu yang beranak sulung ni. Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Bukan
untuk menakutkan atau melemahkan semangat bakal ibu, tapi supaya ibu-ibu lebih
bersedia untuk mengahadapi segala cabaran.
Ingat ya, menyusukan bayi secara ekslusif selama 6 bulan
bukan la perkara yang mudah namun bukan juga mustahil untuk dijayakan. Ia
adalah satu perjalanan yang panjang dimana kita akan belajar daripada
pengalaman.
Dan yang paling penting sekali, support daripada orang
sekeliling, terutama sekali suami dan keluarga terdekat. Dengan sokongan mereka
semua, InsyaAllah semuanya akan jadi mudah .
Oh ya..sebelum terlupa, nak bagitahu bulan ini ada promosi ESP, beli 6 percuma 1, tapi boleh juga beli 1,2 atau 3..
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
ID NO : 926226
ID NO : 926226
016-5570720 (sms/whatsapp)
fanasagi@gmail.com
fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy