Wednesday, May 7, 2014

Cerita si jantung hati..

Ehem.. Bila sebut si jantung hati je mesti terbayang orang yang kita sayang kan..

Orang muda mudi ..mestila gelaran untuk boyfriend/ girlfriend
Untuk yang da berkeluarga..mungkin untuk suami/ isteri atau pun anak-anak

Tapi pernah tak terfikir kenapa 'si jantung hati ni' adalah gelaran untuk mereka yang kita sayang atau lebih tepat lagi orang sangat-sangat penting dalam hidup kita..kalau orang putih pun biasanya dorang gelar "my heart"  kan..

Sebab..

Jantung adalah organ terpenting dalam badan kita..kalau jantung berhenti berdegup..maka organ yang lain pun jammed la jawabnya..Jantung yang ditugaskan untuk mengepam darah yang membawa oksigen ke seluruh badan kan..Oleh sebab itu..sangat penting untuk kita menjaga kesihatan jantung kita sendiri..

Tahu tak 1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh sakit jantung.Sememangnya budaya hidup dan pemakanan  kita yang tidak begitu sihat. Sakit jantung biasanya tiba-tiba je kan.. Selalunya sakit jantung ni dikaitkan dengan kolestrol yang tinggi dalam badan, yang akan menyebabkan saluran jantung tersumbat. Kolestrol yang tinggi ini disebabkan oleh diet yang tidak sihat diamalkan oleh kita. Al maklum la menu makanan yang sedap-sedap di Malaysia ni memang semuanya tinggi KOLESTROL.

Untuk kesihatan jantung yang berpanjangan, boleh la cuba set kesihatan jantung daripada Shaklee. Ada 3 produk yang disediakan khas untuk membantu kesihatan jantung anda. 2 daripadanya sudah lama berada di pasaran manakala 1 lagi akan dilancarkan pada JUN ini.

1) Omega Guard - membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.
Shaklee Omega Guard

Omega Guard mengandungi DHA dan EPA iaitu kandungan yang paling penting dalam minyak ikan. Ianya sangat istimewa kerana melalui prose penyulingan Proprietari 3 molekul yang bertujuan untuk memastikan ketulenan dan keberkesanannya. Jadi anda tidak perlu risau ianya tercemar. 3 kapsul OmegaGuard membekalkan 900 mg EPA dan DHA.



2) CoQHealth Plus - memberi tenaga kepada jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat.


Fungsi utama Coenzyme Q10 ialah mencegah penyumbatan salur darah dan mengurangkan debaran dan denyutan jantung yang tidak sekata. Antara kebaikan mengambil supplemen ini ialah , mempunyai jantung yang kuat dan sihat, kulit yang sihat dan berseri, meningkatkan kesuburan , meningkatkan tenaga minda dan membekalkan tenaga. Ia juga merupakan sumber UV protection yang sangat kuat.



3) Phytocol ST - mengawal penyerapan kolestrol yang berlebihan




Phytocol ST merupakan produk terbaru daripada Shaklee yang akan dilancarkan pada bulan 6 nanti. Produk ini berfungsi sebagai "penutup pintu" supaya kolestrol berlebihan daripada makanan yang kita ambil tidak dapat diserap oleh badan. Caranya mudah, makan Phytocol ST setengah jam sebelum makan, lepas itu boleh la kita nikmati makanan tanpa perlu risau kolestrol yang berlebihan. Produk ni boleh pre order dahulu.


Tak rugi kita laburkan sedikit wang untuk kesihatan jantung kita kerana jantung kita tiada ganti. Cegah sebelum terlambat. Jangan menyesal di kemudian hari





Sunday, March 16, 2014

Cabaran untuk ” first time mother” dalam menjayakan penyusuan ibu.

Bagi ibu-ibu yang baru mendapatkan cahaya mata, pasti rasa gembira teramat sangat kan. Ingat lagi waktu selepas melahirkan anak pertama saya, walaupun penat masih terasa namun kegembiraan menyambut bayi itu mengatasi segalanya.Tapi, ramai ibu-ibu yang mula berasa ” stress” semasa dalam pantang bila pelbagai cabaran harus ditempuhi .

Terutama sekali yang baru pertama kali bergelar ibu. Memang hidup kita akan berubah 100%. Kalau dulu, kita boleh buat apa yang kita suka pada bila-bila masa, tapi selepas kehadiran si comel, jadual harian kita akan bergantung kepada keadaan si kecil. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyusukan bayi .
Antara masalah utama yang akan dihadapi oleh ibu-ibu baru (berdasarkan pengalaman peribadi dan bacaan). 

  • Masalah keletihan dan kelesuan akibat berjaga pada waktu malam dan tidak cukup tidur.


            Bayi yang menyusu badan memang akan kerap bangun pada waktu malam. Ini disebabkan susu ibu               yang mudah dihadam dan bayi akan cepat lapar. Berlainan dengan bayi yang minum susu formula,                mereka akan minum dalam kuantiti yang banyak dan akan berasa kenyang untuk tempoh yang lebih              lama. Oleh sebab itu ‘breastfeeding mommies’, bersedialah untuk bangun setiap 2-3 jam sekali.                    Sebab itu orang selalu pesan, tidur sekali bila bayi tengah tidur sebab masa itu je lah kita dapat                      berehat. Boleh juga mengambil supplemen untuk sentiasa kekal cergas dan memberikan tenaga.


  •  Sukar untuk menyusun jadual harian yang telah bertukar sama sekali.

Semasa dalam pantang, mungkin kita tidak akan mengalami masalah ini kerana ada yang membantu. Tapi, bila sudah balik ke rumah sendiri, ini mungkin menjadi masalah utama. Saya juga mengalami masalah ini, mana taknya, baru mula nak masak, baby dah menjerit. Pendek kata, semua aktiviti kita akan bergantung kepada mood bayi. Tak semua yang mengalami masalah ini sebab karakter setiap bayi berlainan, ada yang baik je tidur sepanjang hari, bangun apabila lapar, dan ada juga yang tidak mahu langsung ditinggalkan sendirian(baby saya lah tu..hihi)

  •    Masalah kesihatan selepas bersalin seperti sakit pinggang, selalu pening  dan keputihan.


             Percayalah, lepas melahirkan anak, badan kita akan rasa lemah dan penat, sebab itu pentingnya                    penjagaan rapi semasa berpantang. Masalah biasa yang dihadapi adalah sakit pinggang, selalunya                  disebabkan kedudukan yang tidak betul semasa menyusukan bayi ataupun kekurangan kalsium.                    Pengalaman saya, selepas habis pantang memang pinggang selalu sakit dan ada juga masalah                        keputihan. Alhamdu Lillah, setelah mengambil Ostematrix dan Alfalfa daripada Shaklee, masalah                    tersebut beransur hilang.

  •    Kekurangan ilmu pengetahuan dan kekurangan masa untuk menambah ilmu baru.

Untuk menjadi  ibu,kena juga ada ilmu pengetahuan. Bila ilmu penuh didada, barulah kita yakin dan dapat menghadapi semua masalah yang datang. Untuk menambah ilmu, kena lah banyak membaca dan rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, di zaman IT ni, boleh lah cuba menyertai ‘support group’ yang banyak di FB ataupun forum-forum di internet. Yang penting kita pandai menilai apa yang sampai pada kita. Bukan terima bulat-bulat apa orang kata ya!

  •         Masalah penyusuan seperti susu tidak cukup dan bengkak susu.

Ini memang masalah biasa yang dihadapai. Lebih –lebih lagi kepada ibu yang bekerjaya. Memanf frust bila stok susu tidak menepati sasaran kita. Seperti point diatas, yang penting adalah ilmu pengetahuan berkaitan penyususan ibu. Lagi banyak ilmu yang kita ada, lagi mudah untuk kita mengatasi masalah yang datang.


Fuhh..panjang juga saya menaip. Point-point diatas adalah di antara cabaran yang mungkin akan dilalui oleh ibu-ibu, lebih-lebih lagi untuk ibu yang beranak sulung ni. Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Bukan untuk menakutkan atau melemahkan semangat bakal ibu, tapi supaya ibu-ibu lebih bersedia untuk mengahadapi segala cabaran.

Ingat ya, menyusukan bayi secara ekslusif selama 6 bulan bukan la perkara yang mudah namun bukan juga mustahil untuk dijayakan. Ia adalah satu perjalanan yang panjang dimana kita akan belajar daripada pengalaman.

Dan yang paling penting sekali, support daripada orang sekeliling, terutama sekali suami dan keluarga terdekat. Dengan sokongan mereka semua, InsyaAllah semuanya akan jadi mudah .


Oh ya..sebelum terlupa, nak bagitahu bulan ini ada promosi ESP, beli 6 percuma 1, tapi boleh juga beli 1,2 atau 3..

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy 


Thursday, March 13, 2014

Soya beri kesan buruk?

Dari kecil saya memang peminat soya, masa tu saya memang yakin yang soya banyak khasiatnya, tapi bila ada terbaca artikel yang menyatakan soya lebih banyak keburukan, terus rasa ragu-ragu. Pada pendapat saya, zaman sekarang memang susah nak cari makanan yang betul-betul berkhasiat, disebabkan teknologi yg semakin maju, makanan pun boleh diubah secara genetik, itu yang menyebabkan makanan yang berkhasiat menjadi punca penyakit. Dalam kes soya ni pun begitu juga, disebabkan sesetengahnya telah diubah secara genetik, ini membuatkan soya dikatakan punca penyakit serius. Saya tertarik bila baca artikel berkenaan soya ini yang diambil daripada 
http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/03/kekeliruan-terhadap-soya.html. 

Jom kta sama2 baca..

Memang banyak juga kekeliruan tentang soya. Saya pun beberapa tahun lalu juga ada terdengar pelbagai mitos tentang soya. Tetapi biarlah kita ni menjadi pengguna bermaklumatkan, dan membuat "an informed decision". Jom baca sekejap artikel ini yang saya petik daripada Mommy Lyna.

                          Kacang Soya

Soya adalah antara makanan yang dilanda kontroversi paling hangat di dunia barangkali. Soya boleh jadi SANGAT BURUK, dan SANGAT BAIK, bergantung kepada siapa yang kita tanya tentang soya. Ia boleh jadi superfood, dan boleh jadi makanan penyebab penyakit kronik, bukan itu sahaja, malah menjadi salah satu dalam agenda kaum Yahudi laknatullah.

Penelitian terhadap soya memberi argumen untuk kedua-dua pendapat ini.

Kacang soya berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu 90% dari tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya.

Soya dimakan dengan pelbagai cara (tetapi tidka boleh dimakan mentah), misalnya dimakan secara terus selepas direbus, yakni edamame yang biasa didapati di kedai sushi, tofu, yang menjalani proses penapaian seperti natto dan tempeh, minuman soya dan pelbagai lagi.

Di Amerika, kacang soya tidak dijadikan bahan makanan secara meluas, kebanyakan kacang soya di US diproses menjadi minyak soya. Dan biasanya dari sisa pembuatan minyak soya inilah yang diproses menjadi makan berasaskan soya, termasuk minuman soya!

Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, tetapi sebaliknya HAMPAS, dan ditambah dengan pelbagai "added vitamins", "enriched with vitamin" dan sebagainya.

Malah produk soya yang namanya minyak soya adalah hasil daripada pengekstrakan kacang soya dengan menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana  adalah sejenis pelarut yang diperbuat dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan termasuklah penghasilan minyak dari tumbuhan.

Salah satu bahan dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan adalah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian terhadap estrogen atau hormon wanita menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Namun kajian-kajian tersebut dibuat ke atas estrogen semata-mata, bukan ke atas soya. Kajian yang dibuat ke atas bekas pesakit kanser payudara di China pula menunjukkan sebaliknya! Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada penderita kanser tersebut.

Proses penapaian (fermented) dikatakan menjadi punca mengapa soya tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk Jepun. Namun begitu, orang-orang China tidak menjalankan proses tersebut ke atas soya makanan mereka, dan memiliki tahap penghidap kanser yang rendah. Kajian juga menunjukkan tiada beza antara soyaa yang ditapai atau tidak ditapai.

Terdapat satu kajian ke atas wanita yang diberi bahan makanan ekstrak dari soya, yang mana menunjukkan meningkatnya sel efitelial yang berkaitan dengan kanser payudara dalam tubuh mereka. Manakala satu lagi kajian yang mana sekumpulan wanita diberi makan soya yang tidak menjalani proses seperti di atas, menunjukkan penurunan risiko mendapat kanser payudara.

Ternyata soya sebenarnya bukan tidak bagus, tetapi cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses (menggunakan bahan kimia, hanya ambil hampas, etc) menjadikan soya sejenis makanan berbahaya.

Maka piliihlah produk soya yang bukan GMO dan tidak menjalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya, serta makanlah dengan bersederhana.

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan daripada pelbagai pihak dan pelbagai bahan bacaan. Jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah dilakukan.

Dari banyak kajian yang dibuat, kebanyakan kajian terhadap bahan dalam soya yang dikaji secara isolated (contohnya soya ada isoflavones, yang dikaji cuma isoflavones shaaj) memberi keputusan negatif. Manakala kajian terhadap pengambilan soya yang lebih baik (bukan makan / cucuk isoflavones semata-mata misalnya) memberi keputusan positif.

Apa pun, nilai dengan ilmu, bukan emosi. Walaupun soya tidak terdapat dalam resepi masakan Timur Tengah (mungkin iklim tidak sesuai untuk ditanam disana), namun ia tidak tertulis dimana-mana sebagai haram.

Menarik kan, semua ciptaan tuhan pasti ada kegunaan dan kebaikkannya, bila manusia yang pandai- pandai mengubah ciptaanNya, mesti ada kekurangan dan mendatangkan keburukan. Sebab itu kita kena bijak memilih ya..

Tuesday, March 11, 2014

Tips untuk melancarkan pengeluaran susu ibu..

Tips ini saya kongsikan daripada website Pa & Ma, para ibu boleh cuba dan lihat keberkesanannya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua

Artikel asal disini..

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.

Langkah 1
Tuam
Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Langkah 2
Tekan
Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Langkah 3
Gerakkan
Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.

Langkah 4
Teruskan gerakan
Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5
Putar
Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

Wednesday, March 5, 2014

ESP Shaklee

Bila sebut pasal ESP Shaklee, mesti ramai yang ingat ia adalah supplement untuk ibu menyusu je kan. Masa mula-mula saya kenal Shaklee pun macam tu juga. Memang ingatkan ibu-ibu je yang ambil ESP ni. Tapi, lepas join member Shaklee baru saya tahu sebenarnya Shaklee ini mempunyai pelbagai kebaikan. Untuk semua golongan masyarakat tak kira umur, muda, remaja, orang tua.

ESP ini adalah "soy protein" yang merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP ni memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kira tua atau muda disebabkan kandungan Index Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, jadi ia juga sesuai kepada pengidap kencing manis.

Nak tahu tak satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan manusia. Hm..patutlah kalau saya minum Shaklee waktu pagi, badan bertenaga sampai ke tengah hari.

Nak tahu apa lagi manfaat utama ESP ? Meh Baca ni..

  • Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku,rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  • Baik untuk hormon -kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus,dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk tenaga berkekalan, mencegah migrain, imsomnia dan tertekan.
  • memperbaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur,memperbaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • membaiki memori - meningkatkan kualiti memori
Penting sangat ke protein ni?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protin. kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya membawa kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kematian.




Tuesday, February 18, 2014

Herb lax

Herb lax adalah lagi satu product signature Shaklee. Ianya memang mendapat sambutan ramai, selalu kehabisan stok, bulan ini, Herblax kembali lagi dalam pasaran. Jom kita kenali produk hebat daripada Shaklee ini.



Perbezaan Shaklee. 

Apa yang istimewanya Herblax ini, ramuan asaa produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat.ia mengandungi 9 herba semulajadi ; alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower,buckhorn bark, licorice root, rubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangkamasa panjang

Manfaat utama 

- pembersihan najis yang tersumbat
- meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus ( natural bowel movement) dan secara lansungnya membantu masalah sembelit
- mengempiskan perut
- Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 

Satu botol herblax mengandungi 120 tablet lebih kurang untuk 2 bulan penggunaan. Ia adalah berbentu tablet tapi kalau rasa tak mampu nak telan , boleh dicampurkan dalam air panas, dan diminum sebagai air herba. 

Thursday, February 13, 2014

Perihal gigi..

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga sempat ke klinik pergigian 1 malaysia. Tujuan asal saya dan suami nak tampal gigi yang berlubang. Sebelum ni asyik tertangguh saja. Nasib baik klinik di UTC Ipoh buka sampai malam, so sempat la berkejar ke sana. Gigi yang berlubang ni pun bila dah makin besar baru terhegeh-hegeh nak pergi tampal. Almaklum lah tak pernah tampal gigi, tu yang nervous semacam. Saya ingat lagi gigi berlubang ini terjadi masa saya mengandungkan Iman. Tiba-tiba rasa ada serpihan gigi dalam mulut dan rasa gigi atas da berlubang sikit. Saya suspect ianya disebabkan kekurangan kalsium sebab memang masa trimester pertama tu saya tak lalu langsung nak minum susu. Baby pulak perlukan banyak kalsium. Tu yang menyebabkan gigi saya rapuh kott..takpa lah, nak jadi kan. Sejak itu saya akan pastikan mengambil kalsium yang secukupnya. Macam sekarang saya amalkan pengambilan Ostematrix Shaklee untuk sumber kalsium.(sempat lagi selit pasal Shaklee =))

Ehh.. panjang pulak mukadimahnya. Sebenarnya nak cerita kisah Isyraf Iman cek gigi buat pertama kali. Da alang-alang bawak dia, nurse kat kaunter pendaftaran pun cadangkan Iman supaya cek gigi. Kami punyalah pelik, dia baru ada 2 batang je gigi penuh, lagi 2 on the way, itu pun boleh cek ke. Nurse tu kata boleh, malah memang digalakkan untuk cek setiap 6 bulan sekali. Kalau dari kecil da dibiasakan cek,da besar takde la takut nak jumpa doktor gigi (macam saya..hihi).Selepas pendaftaran, kami menunggu giliran. Si kecik tu memang happy la sebab dalam klinik tu ramai budak-budak berlari. Dia tak tahu sebenarnya nak jumpa doktor gigi tu.

Bila sampai turn, request untuk cek gigi baby dulu. Duduk di kerusi sambil pangku iman, si kecik tu da mula perati doktor dan nurse. Pelik agaknya sebab semua tutp mulut. Doc pegang mulut nak tengok gigi, punyalah marah ditepis tangan doc tu. Last-last doc halakan lampu ke arah dia, so secara automatik menyengih la dia sebab silau. Nampak la gigi atas yang baru nak keluar tu. Sambil-sambil tu, dentist tu advice la cara - cara nak jaga gigi.

Antara advice tersebut adalah :

1. Da boleh start gosok gigi baby. Gunakan berus dan ubat gigi yang sesuai. Mungkin lepas ni kena beli. Gosok tiap pagi dan sebelum tidur. Awal-awal memang susah tapi lama-lama baby akan biasa.

Macam ini la berus gigi bayi.

2. Gigi susu cepat rosak, jadi memang kena jaga daripada awal. Kalau gigi susu rosak/patah terlalu awal, gigi kekal pun akan keluar awal, so kemungkinan masalah gigi dimasa akan datang adalah tinggi.
3. Gusi yang tiada gigi boleh lah dibersihkan dengan kain.
4. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali. Kena biasakan dari kecil untuk memupuk sikap menjaga gigi.

Antara panduan lain untuk menjaga gigi bayi yang saya jumpa di internet ,

Panduan elak kerosakan gigi bayi:

Jangan tidurkan bayi anda dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.
Ceraikan susu si kecil ketika usia 12 atau 14 bulan dengan nasihat daripada paediatrik anda.
Jangan tenangkan bayi anda untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan anda menggunakan air biasa.
Jangan celup puting dengan cecair manis.
Jangan campur gula dalam makanan si kecil.
Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.
Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh.
Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan.

Kerosakan gigi akibat susu

Kerosakan gigi akibat tabiat meminum susu adalah serius, tetapi boleh dicegah. Ini boleh berlaku apabila gigi terdedah kepada gula dalam karbohidrat untuk jangka masa yang lama. Karbohidrat dalam bentuk cecair seperti jus buah-buahan dan susu mulai dicerna dalam mulut untuk ditukar kepada bentuk gula.
Oleh itu, apabila cecair itu dibiarkan berada lama dalam mulut, bakteria akan mula memakan gula yang ada dan dalam proses itu. Bakteria berkenaan akan menghasilkan asid yang boleh menyebabkan gigi mengalami kerosakan.

Lazimnya, ini berlaku jika bayi:
Tidur sambil minum susu, jus atau air manis.
Minum air manis atau susu sebelum masuk tidur.
Diberikan puting yang dicelup dalam madu, gula atau cecair manis.

Bagaimanapun, susu ibu tidak akan menyebabkan kerosakan gigi melainkan ia diberi bersama sumber karbohidrat. Bayi yang diberi diet campuran berisiko mengalami kerosakan gigi, namun kajian menunjukkan kerosakan gigi bukan sekadar berpunca daripada apa yang diminum, sebaliknya berapa kerap anak anda minum.

Diambil daripada sini

So, 6 bulan selepas ini, mungkin akan bawa iman cek lagi. Selama ni, selalu abaikan kesihatan gigi, kali ni bersemangat nak didik anak dari kecil supaya jaga gigi .Lagipun, kerajaan dah sediakan kemudahan, baik kita gunakan. Malam tu, kami hanya keluar RM6, RM1 untuk pendaftaran setiap orang, RM2 untuk tampal gigi, Iman pulak free tak ada kena charge apa-apa. Kalau pergi klinik swasta mau terbang ratus RM ni. 

Kami selepas jumpa dentist

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy