Saturday, January 25, 2014

Cara Atasi Bengkak Susu@ Engorged Breast?

Mesti kebanyakan mommies pernah merasa bengkak susu ni kan, atau mat saleh panggil "Engorged Breast" Bengkak susu ni adalah disebabkan terlalu banyak susu dihasilkan tetapi tidak dikeluarkan. Susu terkumpul dan kadang-kadang menyebabkan terjadinya ketulan-ketulan kecil . Hanya yang pernah merasa je tahu macam mana sakitnya bengkak susu ni. Sampai nak angkat tangan pun tak boleh dan yang lagi teruk ada yang sampai demam.

Sebelum terjadinya bengkak susu ni, adalah lebih baik mommies mengambil langkah-pangkah pencegahan.
Kita tengok apa yang boleh kita lakukan untuk elak terjadinya bengkak susu ni.

  •  Susukan bayi dengan lebih kerap selepas kelahiran. Selang 2 jam boleh la kejutkan bayi untuk menyusu ye.
  • Susukan bayi pada sebelah bahagian sehingga kosong, barulah tukarkan ke sebelah lagi. Kadang-kadang sebelah je bayi da cukup kenyang, maka boleh la offer yang sebelah lagi pada sesi penyusuan yang seterusnya ataupun boleh la di pam untuk dibuat stok.
  • Elakkan penggunaan botol atau pun puting tiruan di awal kelahiran untuk mengelakkan baby keliru puting. Nanti baby tak mahu direct feed pulak.
  • Kalau bayi tidak mahu menyusu/tidak dapat menyusukan anak secara direct kerana masalah tertentu, pam susu secara kerap.

Cara mengatasi bengkak susu yang paling mujarab adalah dengan direct feed baby tapi kalau baby jauh dari kita ( esp bagi yang bekerja ) boleh la cuba beberapa tips di bawah ni.


  • Tuam payudara yang mengalami bengkak susu dengan tuala panas di dada atau mandi dengan air panas. Boleh juga gunakan hot gel pad yang banyak dijual di pasaran.
  •  Menyikat payu dara yang bengkak. Cara menyikat adalah dengan menghala ke arah puting
  • Letakkan kobis di payu dara. Ini petua mak-mak kita. Boleh cuba tapi kalau diamalkan selalu mungkin menyebabkan susu kering.
  • Marmet. Mengepam susu secara manual (tidak menggunakan breast pump). Mungkin sakit sedikit tapi bekesan untuk mengeluarkan susu.


Alhamdu Lillah, sepanjang tempoh saya menyusukan anak, tak pernah la terjadinya bengkak susu yang sangat teruk, ada la dalam sekali dua .Kesimpulannya, cubalah elakkan dengan rajin bagi baby susu ataupun rajin-rajin la mengepam terutamanya waktu malam sebab waktu itu adalah waktu susu banyak dihasilkan.

MOM'S MILK IS THE BEST FOR OUR BABY!




Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy

No comments:

Post a Comment