Thursday, August 15, 2013

Pengalaman melahirkan Mohamad Isyraf Iman (Part 1)

Khamis. 28 Februari 2013

Masa ni dah cukup 39 minggu. Sepatutnya due 4/3/2013, tp biasa kan ada yang awal daripada due. Hati dah risau tak nampak tanda- tanda nak bersalin. Bangun pagi, masa buang air kecil keluar darah merah. Hati dah berdebar-debar. Tapi buat macam biasa je. Mandi, sembahyang subuh, dan lakukan rutin macam biasa. Turun bawah beritahu mak ada keluar darah, mak cakap tak lama dah tu. Tapi belum ada rasa sakit-sakit pun. Maka hari tu sibuk la buat persiapan terakhir beli barang untuk ke hospital. Jalan ke sana sini kononnya untuk mudahkan baby keluar. Tunggu sampai ke malam, tak ada rasa sakit pun. Sabar je la tunggu. Tapi darah masih lagi keluar, sikit-sikit macam permulaan nak period. Sebelum tidur baca yaasin mintak dipermudahkan urusan dan cakap dengan baby tunggu la ayah balik sabtu nanti ye, boleh ayah temankan mama kat labour room. Oh.. masa ni saya di rumah mak ayah di batu pahat dan suami di Ipoh

Jumaat, 1 March 2013

Masih belum rasa sakit atau orang kata contraction. Tunggu punya tunggu tak ada pun, tapi darah masih juga keluar. Buat keputusan untuk pergi klinik. Maka itu la pengalaman pertama kena seluk. Tapi doc tu seluk tak rasa sakit pun, cuma rasa tak selesa je. Doc kata proses nak bersalin tu da bermula tapi belum ada bukaan. Dia nasihat kalau air ketuban pecah, cepat - cepat pergi hospital.

Malam tu, berjalan-jalan kat dataran batu pahat, kononnya nak bagi senang lagi bersalin. Memang sakan la berjalan sampai peluh-peluh. Lepas berjalan, singgah makan dan terus balik rumah.

Sabtu, 2 March 2013

12.00 am, masih belum dapat tidur, bangun solat taubat, baca yaasin dan doa banyak-banyak supaya dipermudahkan (huu..time-time camni baru nak ingat Dia). Lebih kurang pukul 2 lebih, baru naik katil dan cuba nak lelapkan mata. Berguling-guling jugak la sebab tak boleh lena. Baru je nak lena tiba-tiba rasa macam ada air keluar tapi bukan terkencing, lari pergi tandas, sekali kat tandas tu memang air banyak keluar, warna jernih dan rasa suam-suam je.Tukar seluar, ingat sekali tu je, sekali baru nak naik katil balik, air keluar lagi. Memang banyak sampai basah lantai. So, pakai la pad sebab takkan nak ganti seluar banyak-banyak kali kan.

Nak tidur balik memang tak dapat la. Tengok baru pukul 3 lebih, dok fikir nak buat apa, then decide kejutkan kak lin ( kakak sulong dan merupakan seorang doktor). Dia tanya ada rasa sakit tak, masa tu tak sakit lagi tapi macam ada la rasa perut mengeras sikit. Kami dok berfikir-fikir lagi nak ke hospital ke tak sebab tak ada contraction lagi kan, mungkin lambat lagi baby nak keluar. Decide untuk pergi bila siang nanti.

6.30 am - Siap- siap nak ke hospital sebab air makin lama makin banyak keluar. Sempat breakfast dulu sebelum pergi. Sampai hospital, tak ada orang lagi, ada la doc pelatih kot.. banyak nau soalannya. Layan je la dulu. Sekali lagi kena seluk, bukaan baru 1 cm kata doc tu. So, doc bagi pilihan, sama ada tunggu 24 jam ataupun nak induce terus. Sebab biasanya lepas air ketuban pecah dalam masa 24 jam tu baby akan keluar. Sy of course la pilih untuk tunggu 24 jam, lagi pun husband belum sampai lagi. Tp kena tahan dalam ward la.

Petang - Masih tak rasa sakit, boleh bergelak ketawa lagi. Makan pun masih berselera lagi..Sedap tau makanan kat hospital tu. haha. Husband sampai dalam pukul 5 n terus datang melawat ke hospital.

Huu.. macam da panjang sangat ni..mungkin bersambung Part 2 nanti ye

No comments:

Post a Comment