Tuesday, January 28, 2014

Promosi Hingga 31 Januari.. Cepatt

Bulan ni memang best.. Shaklee ada buat promosi Alfalfa, banyak set kesihatan yang ada alfalfa harga jatuh merudum.. SALE! SALE! Berbaloi beli bulan ni sebab bulan depan harga da kembali seperti harga biasa. Boleh beli untuk stok bulan akan datang. Discount UP tp 20% daripada harga retail


Antara Set yang harga nya jatuh gedebuk :

1) Set Penyusuan - Untuk membantu ibu-ibu yang menyusukan anakknya dan menggalakkan penghasilan susu yang lebih banyak

Set mengandungi :

- Alfalfa Large/Small + ESP
        (Boleh add on Lecithin untuk kurus dan mengelak bengkak susu)


                   


2)Set Slimming Bajet - Untuk pengurusan berat badan dan menyingkirkan lemak berlebihan daripada badan

Set mengandungi

-Alfalfa Large/Small + Lecithin
        (Boleh add on ESP untuk memperbaiki sel dan membina otot)





  • Harga promosi up to 20% discount daripada harga retail. 
  • Free gift untuk pembelian RM150 ke atas
  • Free consultation
  • Jadual makan vitamin disediakan

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy 


Shaklee made the differences


Kisah benar..

Ini cerita tentang sepasang kembar seiras, Mary dan kakaknya yang tinggal di Evansville,Indiana,USA.
Cuba tengok gambar mereka di umur 4 tahun, memang seiras kan..macam tak boleh nak beza...


Cuba pulak tengok gambar di bawah ni, di masa umur mereka  69 tahun. Ada beza?? Salah seorang daripada mereka adalah pengguna Shaklee.. Cer teka yang mana satu??

Yer, yang kanan tu ya, Mary!

Ini kisah mereka, Mary yang disebelah kanan tu adalah pengguna Shaklee selama 20 tahun. Rahsia untuk Mary kelihatan lebih muda dan bertenaga berbanding umur sebenarnya.

Walaupun mempunyai kod genetik yang sama pilihan produk dan penjagaan kesihatan mereka tidak sama. Gambar diatas membuktikan kualiti dan keberkesanan Shaklee. Mary kelihatan lebih muda daripada umur nya yang sebenar. Beliau juga lebih bertenaga dan aktif walaupun di usia emas walaupun mempunyai 4 anak dan 6 orang cucu..

So, apa pilihan anda??

Siapa lagi nak jaga kesihatan diri sendiri kalau bukan kita kan.. buat pilihan yang bijak ya!




Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy 





Monday, January 27, 2014

Pengalaman melahirkan Mohamad Isyraf Iman (Part 2)

Ohh..Lamanya baru nak bersambung ke Part 2,

Part 1

Semoga dengan tercatatnya pengalaman ini, dapat lah dijadikan ingatan di hari tua nanti =)

Masih lagi pada Sabtu, 2 March 2013

Menjelang malam, dalam jam 8.30 malam, sekali lagi dipanggil untuk check-up oleh doctor. Kena seluk, bukaan baru 3 cm, kontraksi tak berapa kuat.. rasa tak rasa je la. Doktor kata kita tunggu satu malam ni, kalau tak beranak juga maka akan diinduce awal pagi esok. Dalam pada tu, air ketuban masih lagi keluar, setiap kali nak tukar pad kena tunjuk pada nurse, untuk memastikan air belum berubah warna. 

Jam 11.30 ( agaknya la, dah tak berapa ingat ) doktor datang masukkan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman pada bayi sebab dah leaking kan. Malam tu, suami sempat datang melawat. Tiap jam nurse akan datang untuk cek contraction, sempat tanya nurse, ada ke contraction sebab tak berapa rasa sangat, nurse kata ada tapi tak berapa kuat. Siap- siap sms husband suruh datang awal- awal pagi esok.

Ahad, 3 March 2013

Lepas jam 12 da mula rasa sakit tapi masih boleh ditahan lagi la. Makin kerap selang 2- 3 minit. Tak pasti sangat macam mana nak kira contraction tu, yang pastinya memang selang beberapa minit sakit tu akan datang dan lepas tu hilang. Niat nak tidur tapi memang tak boleh la kan, turun naik katil menahan sakit. 

Berterusan menahan sakit sampai la esok pagi nya. Masa tu rasa lamanya matahari nak terbit. Hihi. 

Jam 7 pagi, nurse masuk remind suruh siap - siap sebab nak bawa ke labour room jam 8 pagi. Disebabkan baby tak keluar lagi, maka redha je lah untuk di induce sebab dah lebih 24 jam leaking. Okay, memang da siap mandi  semua. Makan roti sekeping , bancuh madu dengan air suam dan makan kurma. Cukup la kot untuk tenaga.

8.00 pagi - Nurse datang bawak kerusi roda, kebetulan husband pun da sampai masa tu, maka bermula la debaran nak melahirkan.Kemudian ditolak ke labor room

8.30 pagi - ubat mula dimasukkan melalui drip kat tangan. Nurse yang jaga tu bagi nasihat sikit-sikit.

Tak lama lepas ubat dimasukkan , dah mula rasa sakit tapi boleh lagi la nak senyum2 dengan nurse. Sakit tu bukan la berterusan sakit, sekejap datang, sekejap lagi hilang,dan makin lama sakit tu makin kerap dan makin lama. Bertahan je la, dengan doc kejap-kejap nak cek itu, ini, kena mengiring la apa la. Tapi Alhamdu Lillah dapat juga bertahan, suami pun ada disebelah menemankan.

Dekat-dekat pukul 11 lebih, da mula rasa sakit teramat , sampaikan tak tahu nak buat apa untuk tahan sakit tu, sampaikan nurse tegur, da sakit sampai tak boleh senyum ke.hihi.memang pun. Tak lama lepas tu mula rasa sakit lain macam, macam ada satu tekanan di bahagian bawah, rasa nak terberak terkencing pun ada.Yang lawak nya kelam kabut kata kat hubby,nak terberak sangat2 ni, tlg la panggil nurse. Boleh pulak nurse tu datang kata biasa je tu dik, memang rasa mcam tu..argghh..tp serious memang rasa nak meneran sangat-sangat.

Sepatutnya akan cek bukaan pada 12.30 tgh hari nanti.tp sebab nurse tu tengok memang macam nak meneran sangat, dia pun setuju nak cekkan bukaan. Lepas cek je, terus nurse dok jerit panggil doc ngan kawan2 nurse dia..dan secara tiba2 je keadaan jadi kelam kabut, dengan ramai nya nurse kat dalam bilik kecik tu. Dalam kelam kabut tu nurse suruh meneran, aku macam blur kejap..try meneran sekali, kena tegur dengan nurse sebab meneran kat leher sampai merah padam muka.. hihi

Dalam keadaan kelam kabut tu tiba-tiba doc kata bacaan jantung baby drop, aku tgk pun mmg drop, dari 50 lebih ke belas2 (iye kot..x berapa ingat) so doc kata kena cepat, dan dia nak vacuum untuk tlg keluarkan baby.. aku masa tu macam blur je..ok je la kan..

Tak sedar bila dorang vacuum,aku just buat kerja aku je iaitu meneran.. suami dah di suruh keluar, tinggal la sorang-sorang berjuang.. rasa macam nak habis nafas meneran..dan setelah mencuba sekuat tenaga akhirnya pada pukul 12.05 tengah hari lahirlah seorang bayi, terus diletakkan di atas perut, masa tu memang tengah merah dan berlendir2 lagi baby tu.

Perasaan sangat lega walaupun masa tu orang lain tengah sibuk-sibuk buat kerja diorang. Nurse tunjukkan bayi dan tanya lelaki ke perempuan, lepas aku jawab, nurse terus bawak bayi keluar dan tak lama dengar baby menangis.. Alhamdu Lillah, baby dah nangis dan semuanya selamat.

TAMAT..

Fuhh..panjang nya cerita..walaupun dah hampir setahun, tapi masih segar dalam ingatan. Bersyukur sangat dapat merasa nikmat sakit untuk melahirkan tu. 

Untuk anak-anak(termasukla aku), hargailah penat lelah ibu kita melahirkan ke dunia ini, bukan senang tau Dan untuk para suami, hargailah isteri anda yang bersabung nyawa melalui proses kelahiran tu


Saturday, January 25, 2014

Cara Atasi Bengkak Susu@ Engorged Breast?

Mesti kebanyakan mommies pernah merasa bengkak susu ni kan, atau mat saleh panggil "Engorged Breast" Bengkak susu ni adalah disebabkan terlalu banyak susu dihasilkan tetapi tidak dikeluarkan. Susu terkumpul dan kadang-kadang menyebabkan terjadinya ketulan-ketulan kecil . Hanya yang pernah merasa je tahu macam mana sakitnya bengkak susu ni. Sampai nak angkat tangan pun tak boleh dan yang lagi teruk ada yang sampai demam.

Sebelum terjadinya bengkak susu ni, adalah lebih baik mommies mengambil langkah-pangkah pencegahan.
Kita tengok apa yang boleh kita lakukan untuk elak terjadinya bengkak susu ni.

  •  Susukan bayi dengan lebih kerap selepas kelahiran. Selang 2 jam boleh la kejutkan bayi untuk menyusu ye.
  • Susukan bayi pada sebelah bahagian sehingga kosong, barulah tukarkan ke sebelah lagi. Kadang-kadang sebelah je bayi da cukup kenyang, maka boleh la offer yang sebelah lagi pada sesi penyusuan yang seterusnya ataupun boleh la di pam untuk dibuat stok.
  • Elakkan penggunaan botol atau pun puting tiruan di awal kelahiran untuk mengelakkan baby keliru puting. Nanti baby tak mahu direct feed pulak.
  • Kalau bayi tidak mahu menyusu/tidak dapat menyusukan anak secara direct kerana masalah tertentu, pam susu secara kerap.

Cara mengatasi bengkak susu yang paling mujarab adalah dengan direct feed baby tapi kalau baby jauh dari kita ( esp bagi yang bekerja ) boleh la cuba beberapa tips di bawah ni.


  • Tuam payudara yang mengalami bengkak susu dengan tuala panas di dada atau mandi dengan air panas. Boleh juga gunakan hot gel pad yang banyak dijual di pasaran.
  •  Menyikat payu dara yang bengkak. Cara menyikat adalah dengan menghala ke arah puting
  • Letakkan kobis di payu dara. Ini petua mak-mak kita. Boleh cuba tapi kalau diamalkan selalu mungkin menyebabkan susu kering.
  • Marmet. Mengepam susu secara manual (tidak menggunakan breast pump). Mungkin sakit sedikit tapi bekesan untuk mengeluarkan susu.


Alhamdu Lillah, sepanjang tempoh saya menyusukan anak, tak pernah la terjadinya bengkak susu yang sangat teruk, ada la dalam sekali dua .Kesimpulannya, cubalah elakkan dengan rajin bagi baby susu ataupun rajin-rajin la mengepam terutamanya waktu malam sebab waktu itu adalah waktu susu banyak dihasilkan.

MOM'S MILK IS THE BEST FOR OUR BABY!




Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy

Wednesday, January 22, 2014

Alfalfa Raja Segala Tumbuhan

Alfalfa juga dikenali sebagai raja tumbuhan kerana ia adalah tumbuhan yang mengandungi banyak nutrisi. Walaupun ia adalah sejenis tumbuhan renek tetapi akarnya dapat menjalar hingga 20 kaki ke dalam bumi untuk mencari nutrisi. Maka tidak hairan la ia dapat menyerap nutrien yang banyak. Alfalfa juga mempunyai kadungan klorofil yang banyak yang mana dapat membantu mencegah kanser jika diambil secara konsisten.

Apa istimewanya Alfalfa Complex Shaklee berbanding produk lain.

1) Alfalfa Complex dibuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yg kaya dengan pelbagai jenis zat.

2) Ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

3) Mempunyai akar tunjang 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam tanah.

4) Tiada silica gel (Perbezaan vitamin organik bukan sintetik/tiruan)

5) Mengandungi vitamin B6, U, K dan D serta mineral yg penting iaitu :-

* Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

* Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.* Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

* Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

* Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

* Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

* Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Sempena dengan promosi Alfalfa pada bulan januari ini, banyak set yang mengandungi alfalfa pun boleh didapati dengan harga promosi.

1. Set Kurus 
2. Set "Milk Booster"
3. Set Suami Isteri
4. Set Detoks
5. Set Resdung/Asma/Allergy

Promo ini hanya sampai bulan January je ya!
Hubungi saya untuk harga special

Amaran, Golongan di bawah tidak boleh mengambil alfalfa,

1. Penghidap SLE
2. Ibu mengandung, dikhuatiri akan mencetuskan kontraksi awal
3. Mereka yang bergantung kepada ubat pencair darah



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy

Tuesday, January 21, 2014

Motivasi Pagi

Salam dan selamat pagi. Setiap hari adalah hadiah untuk kita. Terpulang pada kita untuk mencorakkan hari itu, samada indah atau sebaliknya. Sama ada kita menghargainya atau pun nak cepat-cepat hari esok. Bahagia itu pilihan, kita yang menentukan..Semoga hari ini kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Bagi yang bekerja, jalankan lah tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya.

Sedikit motivasi daripada Fadzilah Zainudin eh bukann... dari Dr Fadzilah Khamsah sebelum kita memulakan hari :

*Gambar ihsan GOOGLE


 

Set Berpantang SHAKLEE

Set berpantang sangat penting untuk ibu yang baru lepas melahirkan, untuk mengembalikan kecergasan dan penyembuhan luka. Bagi yang masih tercari -cari set berpantang yang bagus, boleh consider Set berpantang SHAKLEE ni. Pastikan anda pilih yang terbaik untuk diri anda.

Kelebihan set berpantang SHAKLEE:

  • Mudah dimakan, semuanya dalam bentuk kapsul, boleh terus dimakan
  • Tidak memberi kesan kepada bayi
  • Ibu lebih cepat kembali bertenaga
  • Khasiat dapat diserap sepenuhnya
  • Sesuai untuk mereka yang bersalin secara pembedahan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membanyakkan susu ibu ( asalkan tidak mengabaikan konsep SUPPLY and DEMAND)
  • Membantu menurunkan berat badan
Apa yang ada dalam set berpantang ni?

1. Vitalea
Membekalkan 23 jenis vitamin
Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan daripada jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

2. B Complex
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

3. Vita C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

4. Zinc
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ.



  FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
 ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy

Monday, January 20, 2014

Persediaan Untuk Penyusuan Ibu

Persediaan Mental Dan Fizikal

Penyusuan ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun. Sebelum bayi lahir, untuk ibu yang baru seeloknya cari ilmu sebanyak yang mungkin supaya nanti bila tiba masanya ibu lebih bersedia dan lebih yakin. Boleh cari maklumat di internet, buku, ataupun minta khidmat nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman. Nampak macam mudah untuk "fully breast feed" ni, tapi hakikatnya perlukan semangat yang kental untuk menjayakannya. (Kena bersedia untuk bangun di tengah-tengah malam dan sakit-sakit pinggang..hehe). Pastikan kita makan makanan yang berkhasiat supaya anak dan ibu mendapat zat yang mencukupi

Selain bakal ibu, bakal bapa juga seharusnya menyediakan diri dengan ilmu breastfeeding ni, sebab sokongan daripada suami amat lah penting untuk memastikan penyusuan ini berjaya.

Selain persediaan mental, ibu juga perlu menyediakan "gadjet" untuk memudahkan lagi penyusuan. Alat-alat ini tak semestinya diperlukan tapi biasanya dapat membantu ibu - ibu untuk "breastfeeding" dengan jayanya.

1) Breast-pump

Breast pump ni memang penting. Terutama sekali untuk ibu yang bekerja. Untuk ibu yang tak bekerja pun penting juga. Boleh juga digunakan semasa bengkak susu. Banyak da breast pum yang mampu dimiliki sekarang, cuma kena rajin survey je.

2) Nursing Bra

Biasanya nursing bra ada tempat khas untuk dibuka dengan mudah semasa ingin menyusukan bayi. Boleh la sediakan dalam 4-5 pasang dulu. Cari yang selesa dan sesuai dengan kita sebab nak pakai hari-hari kan. Kalau nak beli seeloknya tunggu sampai dah nak dekat bersalin sebab biasanya saiz payudara akan bertambah sikit sebab penghasilan susu.

3) Breast Pad

Boleh digunakan semasa susu banyak untuk mengelakkan baju basah semasa susu penuh. Memang selalunya akan leaking kalau breast penuh. Ada yang jenis pakai buang ataupun jenis "wash able". Cari yang selesa dipakai untuk elakkan gatal-gatal nanti.

Contoh washable breast pad


4) Baju Menyusu

Untuk memudahkan penyusuan, boleh la cari baju khas untuk menyusu. Biasanya baju menyusu ni ada bukaan khas untuk menyusu, jadi tak perlu la nak selak banyak - banyak sangat. Tapi kalau di rumah sahaja, pakai T-shirt yang loose pun dah ok!

5) Bantal menyusu

Bantal menyusu ni biasanya direka khas untuk 'support' bayi semasa menyusu. Ia juga digunakan untuk keselesaan ibu semasa menyusukan bayi. Juga membantu ibu untuk megelakkan sakit pinggang dan leher.

Contoh nursing pillow


Harap- harapnya entry ini dapatla membantu bakal-bakal ibu di luar sana. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anda. Bagi mommies yang berpengalaman kalau nak tambah apa-apa sila lah penuhkan ruang komen ya!



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


 FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor

             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 

         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy


Testimoni Pengguna Set Berpantang SHAKLEE

Ramai yang dah mencuba set berpantang SHAKLEE dan kebanyakannya berpuas hati. Jom kita baca pengalaman mereka yang memilih untuk menggunakan set berpantang SHAKLEE



 Haa..yang bawah ni lagi best. Beliau merupakan pengguna produk Shaklee sejak tahun 1997. Wow..lama tu. Tengok gambar macam tak percaya je kan umur dah 51 tahun. Penangan Shaklee la tu .


So, apa lagi, pilih la yang terbaik untuk anda. Para suami sila la hadiahkan pada isteri kalau nak isteri cun melecun selalu. 

  FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
 ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy

Sunday, January 19, 2014

Tentang SHAKLEE

SHAKLEE memang tengah "in" sekarang. Sebut je memang ramai yang tau tak payah nak cerita panjang lebar.Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya Shaklee merupakan pengeluar pertama multi vitamin yang dicipta oleh Dr Forrest C. Shaklee pada tahun 1915 yang sekarang lebih dikenali sebagai Vitalea. Bertitik tolak daripada itu, Shaklee Corporation telah ditubuhkan pada tahun 1956.Shaklee juga merupakan antara pencipta pencuci biodegrasi yang pertama pada tahun 1960.  Maknanya dah lebih 50 tahun Shaklee bertapak dalam bidang makanan kesihatan ni. Lama tu, boleh dikira "otai " la ni. Sebab tu saya yakin dengan kualiti produk Shaklee. Sesuai la dengan prinsip " Always work, always safe, always green".


Dr Forrest C. Shaklee -
 "What you think,you look,
What you think, you do,
What you think, You are"
1st Vitamin Vitalized mineral

Shaklee juga komited dalam menghasilkan produk daripada sumber semula jadi, bak kata fonder nya lah,"Follow the law of nature and you'll never go wrong".Yelah, kita beli produk kesihatan untuk jadi lebih sihat bukannya nak makan lepas tu merana kena tanggung side effect . Ini faktor yang sangat penting sebab sekarang memang banyak "produk kesihatan" yang akhirnya membahayakan. Untuk memastikan keselamatan dan kualiti produknya, Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti tahunan. Sebab tu la produk shaklee ni boleh bertahan lama dan sekarang Syarikat Shaklee diterajui oleh Roger Barnett, selaku CEO.

Roger Barnett, Chairman and CEO, Shaklee Corporation

YOUR FUTURE LIFE WILL BE EXACTLY WHAT YOU DECIDE TO MAKE IT  
                                                                                                   - Dr Forrest C. Shaklee
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


 FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor

             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 

         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy

Monday, January 6, 2014

Alfalfa Complex Shaklee, Bagus ke?


Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950 an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organic di California yang bebas dari bahan kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan  tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurang nya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun -daun ini dikeringkan dengan udara semula jadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun - daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama Alfalfa :

Tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi, telah digunakan sejak 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyamai nutrisi segelas susu.

  •  Berfungsi merendahkan paras kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  •  Meningkatkan 'Milk Production' 
  •  Merendahkan tahap gula dalam darah
  •  Melawan alahan
  •  Dapat melawan dan mencegah kanser = Disebabkan alfalfa yang kaya dengan klorofil , ianya dapat mengalkalikan badan, dan dengan itu memperbaiki sel - sel dan membuang tumor.
  •  Melambatkan tanda awal menopaus - disebabkan kaya dengan 'natural plant estrogen' ianya dapat membantu melambatkan tanda awal menopaus.
  • Melegakan keletihan
  • Mencuci hati, darah dan usus.
  • Baik untuk memperbaiki masalah saluran penghadaman  seperti kembung, hyperacidity,ulser gastrik.hepatitis dan sembelit.
  • Mencegah / merawat atritis 


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy





Wednesday, January 1, 2014

Berpantang Dengan SHAKLEE



Penjagaan yang rapi semasa berpantang amat diperlukan untuk memastikan ibu cepat sembuh dan kembali bertenaga. Selain itu, pengambilan supplement dapat membantu proses pemulihan ini. Bagi yang masih tercari- cari set berpantang yang sesuai, Set bersalin shaklee terbukti selamat dan berkesan dan memberi manfaat kepada ibu serta bayi. Ia juga telah digunakan oleh ibu-ibu semenjak 1991 lagi dan memberi kesan muda, bertenaga kepada mereka hingga sekarang.


Set Asas Berpantang Shaklee.


Apa khasiat setiap satu produk ni?

1. Vitalea
- Merupakan multivitamin terbaik yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
- mengandungi zat besi (iron) untuk menambah darah
- membantu ibu berpantang untuk mendapatkan nutrisi 
- memberi stamina dan tenaga kepada ibu untuk berjaga malam (menjaga bayi)

2. B complex
- Kumpulan vitamin B (B1, B2, B3, B6 dll) sangat penting untuk kesihatan saraf
- Membantu mengelakkan ibu dari meroyan / tekanan perasaan
- Memberi ketenangan kepada sistem saraf ibu
- menukar makanan ibu kepada tenaga

3. Vita C 
- Vitamin c dilepaskan perlahan-lahan ke dalam tubuh mengikut masa tertentu
- sangat perlu dalam pemulihan luka
- Membantu pemulihan luka dalaman dan luaran
- memelihara sistem kelenjar ibu
- Menaikkan antibodi semulajadi tubuh
- Jika bayi selesema, bayi akan mendapat manfaat vitamin c melalui susu ibu

4. Zink
- Penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran (sangat banyak terdapat di dalam ikan haruan).
- Membantu metabolisma b complex
- Mengelakkan rambut gugur

Pastikan anda mendapatkan nasihat berkenaan produk yang ingin diambil semasa bersalin, dikhuatiri boleh memudaratkan ibu atau bayi. 

Source : here


Nak tahu harga promosi ?

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy