Thursday, February 13, 2014

Perihal gigi..

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga sempat ke klinik pergigian 1 malaysia. Tujuan asal saya dan suami nak tampal gigi yang berlubang. Sebelum ni asyik tertangguh saja. Nasib baik klinik di UTC Ipoh buka sampai malam, so sempat la berkejar ke sana. Gigi yang berlubang ni pun bila dah makin besar baru terhegeh-hegeh nak pergi tampal. Almaklum lah tak pernah tampal gigi, tu yang nervous semacam. Saya ingat lagi gigi berlubang ini terjadi masa saya mengandungkan Iman. Tiba-tiba rasa ada serpihan gigi dalam mulut dan rasa gigi atas da berlubang sikit. Saya suspect ianya disebabkan kekurangan kalsium sebab memang masa trimester pertama tu saya tak lalu langsung nak minum susu. Baby pulak perlukan banyak kalsium. Tu yang menyebabkan gigi saya rapuh kott..takpa lah, nak jadi kan. Sejak itu saya akan pastikan mengambil kalsium yang secukupnya. Macam sekarang saya amalkan pengambilan Ostematrix Shaklee untuk sumber kalsium.(sempat lagi selit pasal Shaklee =))

Ehh.. panjang pulak mukadimahnya. Sebenarnya nak cerita kisah Isyraf Iman cek gigi buat pertama kali. Da alang-alang bawak dia, nurse kat kaunter pendaftaran pun cadangkan Iman supaya cek gigi. Kami punyalah pelik, dia baru ada 2 batang je gigi penuh, lagi 2 on the way, itu pun boleh cek ke. Nurse tu kata boleh, malah memang digalakkan untuk cek setiap 6 bulan sekali. Kalau dari kecil da dibiasakan cek,da besar takde la takut nak jumpa doktor gigi (macam saya..hihi).Selepas pendaftaran, kami menunggu giliran. Si kecik tu memang happy la sebab dalam klinik tu ramai budak-budak berlari. Dia tak tahu sebenarnya nak jumpa doktor gigi tu.

Bila sampai turn, request untuk cek gigi baby dulu. Duduk di kerusi sambil pangku iman, si kecik tu da mula perati doktor dan nurse. Pelik agaknya sebab semua tutp mulut. Doc pegang mulut nak tengok gigi, punyalah marah ditepis tangan doc tu. Last-last doc halakan lampu ke arah dia, so secara automatik menyengih la dia sebab silau. Nampak la gigi atas yang baru nak keluar tu. Sambil-sambil tu, dentist tu advice la cara - cara nak jaga gigi.

Antara advice tersebut adalah :

1. Da boleh start gosok gigi baby. Gunakan berus dan ubat gigi yang sesuai. Mungkin lepas ni kena beli. Gosok tiap pagi dan sebelum tidur. Awal-awal memang susah tapi lama-lama baby akan biasa.

Macam ini la berus gigi bayi.

2. Gigi susu cepat rosak, jadi memang kena jaga daripada awal. Kalau gigi susu rosak/patah terlalu awal, gigi kekal pun akan keluar awal, so kemungkinan masalah gigi dimasa akan datang adalah tinggi.
3. Gusi yang tiada gigi boleh lah dibersihkan dengan kain.
4. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali. Kena biasakan dari kecil untuk memupuk sikap menjaga gigi.

Antara panduan lain untuk menjaga gigi bayi yang saya jumpa di internet ,

Panduan elak kerosakan gigi bayi:

Jangan tidurkan bayi anda dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.
Ceraikan susu si kecil ketika usia 12 atau 14 bulan dengan nasihat daripada paediatrik anda.
Jangan tenangkan bayi anda untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan anda menggunakan air biasa.
Jangan celup puting dengan cecair manis.
Jangan campur gula dalam makanan si kecil.
Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.
Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh.
Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan.

Kerosakan gigi akibat susu

Kerosakan gigi akibat tabiat meminum susu adalah serius, tetapi boleh dicegah. Ini boleh berlaku apabila gigi terdedah kepada gula dalam karbohidrat untuk jangka masa yang lama. Karbohidrat dalam bentuk cecair seperti jus buah-buahan dan susu mulai dicerna dalam mulut untuk ditukar kepada bentuk gula.
Oleh itu, apabila cecair itu dibiarkan berada lama dalam mulut, bakteria akan mula memakan gula yang ada dan dalam proses itu. Bakteria berkenaan akan menghasilkan asid yang boleh menyebabkan gigi mengalami kerosakan.

Lazimnya, ini berlaku jika bayi:
Tidur sambil minum susu, jus atau air manis.
Minum air manis atau susu sebelum masuk tidur.
Diberikan puting yang dicelup dalam madu, gula atau cecair manis.

Bagaimanapun, susu ibu tidak akan menyebabkan kerosakan gigi melainkan ia diberi bersama sumber karbohidrat. Bayi yang diberi diet campuran berisiko mengalami kerosakan gigi, namun kajian menunjukkan kerosakan gigi bukan sekadar berpunca daripada apa yang diminum, sebaliknya berapa kerap anak anda minum.

Diambil daripada sini

So, 6 bulan selepas ini, mungkin akan bawa iman cek lagi. Selama ni, selalu abaikan kesihatan gigi, kali ni bersemangat nak didik anak dari kecil supaya jaga gigi .Lagipun, kerajaan dah sediakan kemudahan, baik kita gunakan. Malam tu, kami hanya keluar RM6, RM1 untuk pendaftaran setiap orang, RM2 untuk tampal gigi, Iman pulak free tak ada kena charge apa-apa. Kalau pergi klinik swasta mau terbang ratus RM ni. 

Kami selepas jumpa dentist

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?


            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy 



No comments:

Post a Comment