Thursday, August 15, 2013

Pengalaman melahirkan Mohamad Isyraf Iman (Part 1)

Khamis. 28 Februari 2013

Masa ni dah cukup 39 minggu. Sepatutnya due 4/3/2013, tp biasa kan ada yang awal daripada due. Hati dah risau tak nampak tanda- tanda nak bersalin. Bangun pagi, masa buang air kecil keluar darah merah. Hati dah berdebar-debar. Tapi buat macam biasa je. Mandi, sembahyang subuh, dan lakukan rutin macam biasa. Turun bawah beritahu mak ada keluar darah, mak cakap tak lama dah tu. Tapi belum ada rasa sakit-sakit pun. Maka hari tu sibuk la buat persiapan terakhir beli barang untuk ke hospital. Jalan ke sana sini kononnya untuk mudahkan baby keluar. Tunggu sampai ke malam, tak ada rasa sakit pun. Sabar je la tunggu. Tapi darah masih lagi keluar, sikit-sikit macam permulaan nak period. Sebelum tidur baca yaasin mintak dipermudahkan urusan dan cakap dengan baby tunggu la ayah balik sabtu nanti ye, boleh ayah temankan mama kat labour room. Oh.. masa ni saya di rumah mak ayah di batu pahat dan suami di Ipoh

Jumaat, 1 March 2013

Masih belum rasa sakit atau orang kata contraction. Tunggu punya tunggu tak ada pun, tapi darah masih juga keluar. Buat keputusan untuk pergi klinik. Maka itu la pengalaman pertama kena seluk. Tapi doc tu seluk tak rasa sakit pun, cuma rasa tak selesa je. Doc kata proses nak bersalin tu da bermula tapi belum ada bukaan. Dia nasihat kalau air ketuban pecah, cepat - cepat pergi hospital.

Malam tu, berjalan-jalan kat dataran batu pahat, kononnya nak bagi senang lagi bersalin. Memang sakan la berjalan sampai peluh-peluh. Lepas berjalan, singgah makan dan terus balik rumah.

Sabtu, 2 March 2013

12.00 am, masih belum dapat tidur, bangun solat taubat, baca yaasin dan doa banyak-banyak supaya dipermudahkan (huu..time-time camni baru nak ingat Dia). Lebih kurang pukul 2 lebih, baru naik katil dan cuba nak lelapkan mata. Berguling-guling jugak la sebab tak boleh lena. Baru je nak lena tiba-tiba rasa macam ada air keluar tapi bukan terkencing, lari pergi tandas, sekali kat tandas tu memang air banyak keluar, warna jernih dan rasa suam-suam je.Tukar seluar, ingat sekali tu je, sekali baru nak naik katil balik, air keluar lagi. Memang banyak sampai basah lantai. So, pakai la pad sebab takkan nak ganti seluar banyak-banyak kali kan.

Nak tidur balik memang tak dapat la. Tengok baru pukul 3 lebih, dok fikir nak buat apa, then decide kejutkan kak lin ( kakak sulong dan merupakan seorang doktor). Dia tanya ada rasa sakit tak, masa tu tak sakit lagi tapi macam ada la rasa perut mengeras sikit. Kami dok berfikir-fikir lagi nak ke hospital ke tak sebab tak ada contraction lagi kan, mungkin lambat lagi baby nak keluar. Decide untuk pergi bila siang nanti.

6.30 am - Siap- siap nak ke hospital sebab air makin lama makin banyak keluar. Sempat breakfast dulu sebelum pergi. Sampai hospital, tak ada orang lagi, ada la doc pelatih kot.. banyak nau soalannya. Layan je la dulu. Sekali lagi kena seluk, bukaan baru 1 cm kata doc tu. So, doc bagi pilihan, sama ada tunggu 24 jam ataupun nak induce terus. Sebab biasanya lepas air ketuban pecah dalam masa 24 jam tu baby akan keluar. Sy of course la pilih untuk tunggu 24 jam, lagi pun husband belum sampai lagi. Tp kena tahan dalam ward la.

Petang - Masih tak rasa sakit, boleh bergelak ketawa lagi. Makan pun masih berselera lagi..Sedap tau makanan kat hospital tu. haha. Husband sampai dalam pukul 5 n terus datang melawat ke hospital.

Huu.. macam da panjang sangat ni..mungkin bersambung Part 2 nanti ye

Tips hilangkan selsema pada bayi..

Dah puas raya sana sini..redah hujan panas..bila balik rumah sendiri mula la semua sakit-sakit tekak, bersin-bersin, temperature pun mula naik. Yang paling kesian si kecik pun berjangkit sama. Ye lah..kalau mak nya dah tak sihat, mesti tempias kat anak yang masih "fully breastfeed kan". Bila si kecik Iman dah mula selsema, tak lena tidur malam, menyusu pun merengek je sebab tak selesa, mak nya pun kelam kabut la cari jalan nak redakan selsema si comel tu. Minta pendapat rakan-rakan FB yang dah banyak pengalaman, al maklum la Iman dari kecil tak pernah lagi demam macam ni. Alhamdu Lillah.. mungkin sebab dia menyusu badan, antibodi badan pun kuat. So, mommies, usaha bagi susu ibu selama yang mampu ya..

Ok..balik kepada isu selsema tadi. Dapat beberapa suggestion dari kawan-kawan, jom kita tengok mana yang boleh dipraktikkan.




Dalam banyak-banyak tu, pilih untuk mencuba minyak garlic sebab semua bahan dah ada kat rumah. Dan Alhamdu Lillah ia nya berkesan. Sebelum tidur sy buatkan minyak garlic tu, sapu di ubun-ubun,dada, belakang badan dan tapak kaki (lepas tu pakaikan stokin). Malam tu dia tidur lena tak seperti malam sebelumnya, merengek ja sebab hidung tak selesa.
Cara nak buat minyak garlic tu senang je :

1. Bakar bawang putih (Untuk iman saya guna 1 ulas je)
2. Lumatkan dan campur dengan minyak zaitun

Taraaa....dah siap..boleh la disapukan pada bayi.

Selain tu,untuk diri sendiri, saya lebihkan pengambilan Vitamin C, supaya antibodi lagi kuat, dan manfaatnya dapat pada si kecil.

Pilihan saya, tentulah Shaklee,, sebab ianya semulajadi, berkesan dan selamat 



Tuesday, July 30, 2013

Ibu mengandung..apa yang anda perlukan?

Mesti bakal-bakal ibu diluar sana gembira bila disahkan hamil kan. Pastikan ibu menjaga kandungan itu dengan sebaiknya dengan mendapatkan nutrien yang diperlukan secukupnya. Jom kita tengok apa yang  ibu-ibu perlukan untuk memastikan si kecil itu dapat apa yang sebaiknya :


SET MENGANDUNG Shaklee


Kenapa SHAKLEE? Kerana ianya semulajadi tanpa chemical , selamat dan berkesan!


(1) Protein (ESP) 

 Kalau ibu-ibu tak lalu makan, macam mana bayi yang baru nak membesar tu nak dapatkan nutrien yang secukupnya kan. Haa..boleh la ambil ESP ni sebab ia kaya drngan nutrien - nutrien yang penting. ia adalah minuman protein tulen yang rendah glisemik yang boleh memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu, serta membantu membentuk sel-sel tisu di dalam badan. Yang bestnya , ia boleh mencantikkan kulit dan mengurangkan strecth mark effect. Ibu juga tidak cepat letih.




(2) Vita -Lea with iron 

Kalau ada masalah HB rendah pula, boleh la cuba Vita-Lea with iron . Vita Lea adalah multivitamin  Ia mengandungi zat besi (iron) untuk tambah darah. Untuk pengetahuna semua, masalah HB rendah adalah disebabkan kekurangan iron. So, kalau dah ambil ini, tidak perlu lagi mengambil obimin.




(3) Ostematrik

Ostematrik pula ialah gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D. kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on.
         Source : BabyCenter
Macam pengalaman saya masa mengandung dulu, disebabkan tak cukup kalsium, gigi dah berlubang. So, ibu - ibu janganlah abaikan kepentingan pengambilan kalsium ini ya. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis di kemudian hari.




(4) Vitamin B


 Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh




(5) Omega Guard 

Mengandungi DHA dan EPA yang sangat diperlukan oleh bayi untuk perkembangan otak yang sihat


(6) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh


Semua vitamin ini, penggunaan adalah untuk tempoh lebih kurang 4 bulan. Kalau tak habis pun jangan risau sebab boleh dimakan selepas melahirkan anak nanti, sebab keperluan badan kita sama saja semasa mengandung dan menyusukan anak.



Untuk maklumat lanjut, jangan segan -segan ya..hubungi saya :

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy
                                            


Friday, July 19, 2013

Diet Bersama Shaklee

Program diet Shaklee merupakan program hebat yang jarang diketahui ramai. Gabungan 3 kombinasi produk ini jika diambil dalam tempoh yang disarankan dengan komitmen yang tinggi memang mampu memberikan hasil yang menggembirakan. 

Pertama: Detox
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Bagi proses detox, anda boleh memilih samada Alfalfa atau Herblax, terpulang pada bajet anda. Kedua-duanya sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, namun herblax tidak digalakkan kepada ibu menyusu kerana bimbang kesan terhadap bayi.

HERB LAX  or  ALFALFA COMPLEX

Kedua: Protein
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan dapat menghalang kenaikan berat badan semula dengan mudah.

Anda boleh memilih samada Cinch shake atau ESP bagi tujuan ini. Bagi ibu menyusu adalah digalakkan untuk memilih ESP. Cinch pula mengandungi lebih kandungan lucien iaitu agen untuk membina otot. Justeru badan tidak akan menggeleber.

CINCH SHAKE ( 3 flavors) or ENERGIZING SOY PROTEIN


Ketiga: Bakar
Untuk memecahkan lemak-lemak. Anda boleh memilih pilihan di antara Omega guard dan Lecitin. Lecitin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana mempunyai kesan melekat pada lemak dan seterusnya  mencegah lemak melekat di dinding.  Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

OMEGA GUARD or LECITHIN



Gabungan ketiga-tiga produk ini sangatlah berkesan dan telah memberikan hasil yang menggembirakan ramai orang dengan syarat anda mesti menjaga pemakanan.


Untuk maklumat lanjut, jangan segan -segan ya..hubungi saya :

            FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
Facebook Page : Healthy.Happy


          

Monday, July 15, 2013

Kekal Cergas Semasa Berpuasa?

Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Yang menyusukan anak, OK ke? atau pun kepenatan bila da hampir petang? Yang memboyot (pregnant la, hihi) mesti letih juga kan.. teringat pengalaman sendiri, tahun lepas berpuasa semasa mengandungkan isyraf iman, memang lepak la. Macam budak kecil berpuasa, asyik tengok jam pukul berapa nak berbuka. Yelah, kalau makan sahur lepas tu muntah balik semua, macam mana nak buat bekalan untuk berpuasa kan. Tapi waktu tu, tak jumpa lagi Shaklee. Kalau lah jumpa masa tu, memang tak teragak - agak untuk cuba. Tahun ni, menyusukan isyraf iman pula. Tapi sahur mesti consume ESP, shake - shake gitu,  maka tak cepat lapar dan bertenaga sampai ke petang. Pernah sekali terlajak sahur, ya Allah, rasa penat sangat. Apa pun, sebenarnya Dia yang bagi kekuatan kat kita kan.. apa yang saya buat tu cuma usaha saja. Usaha untuk kekal cergas semasa berpuasa. Apa lagi, ibu yang sedang mengandung, ibu yang menyusukan anak, ibu yang berkerjaya (penat bekerja, nak uruskan keluarga lagi), bapa -bapa yang bekerja keras untuk keluarga.. mari kita lihat apa yang boleh kita ambil untuk mengekalkan kecergasan semasa berpuasa..sampai orang tengok pun confuse..puasa ke tak ni..(haha..over ko).


ESP + Performance Drink

Meh kita tengok kelebihan kedua - dua produk ni.

1. Shaklee ESP - Energizing Soy Protein
Berbentuk serbuk, boleh la dicampur dengan minuman kegemaran semasa bersahur . Ia Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu megurangkan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

  Nak baca lagi tentang ESP? boleh baca di sini.

2. Shaklee Performance Drink 

Juga berbentuk serbuk, berperisa oren yang sedap. Boleh dicampurkan bersama dengan ESP. Mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan (dehidrasi).  Masa sahur tidak perlu minum bergelas- gelas air kosong.
  
                       Nak baca lagi tentang Performance Drink ? boleh baca di sini.


Ha , apalagi, lagi satu, kalau terlambat bangun ke, kes lagi 5 minit nak imsak baru terjaga, senang je, ambil ESP + Performance Drink, shake-shake sekejap dah boleh minum, Insya Allah, tahan sampai ke petang. Ianya juga sesuai untuk seisi keluarga.. tidak terhad kepada ibu-ibu saja (^___^)v. 
                                           

Untuk maklumat lanjut, jangan segan -segan ya..hubungi saya :


              FADZILAH [fadz]
Shaklee Independent Distibutor
             ID NO :  926226
016-5570720 (sms/whatsapp) 
         fanasagi@gmail.com
Facebook : Fadzilah Zainudin
                                                      Facebook Page : Healthy.Happy
                                            

Monday, July 1, 2013

Bergelar seorang ibu..

Menjadi seorang ibu sungguh mengujakan. Melihat perkembangan anak dari hari ke hari merupakan satu pengalaman paling berharga buat saya. Tanggal 3/3/2013, tarikh yang mengubah hidup. Hari Mohamad Isyraf Iman dilahirkan. Bermula saat itu lah saya bergelar seorang ibu.

Hari ke-2 di dunia..
Masa ni Iman kena tahan di NICU..maka curi-curi je la ambil gambar.

Menjadi seorang ibu banyak mengubah hidup. Dari seorang yang kurang sabar, terpaksa melatih diri menjadi lebih sabar melayan karenah anak, berjaga malam tu perkara biasa. Tapi itu lah perngorbanan seorang ibu. menyedarkan kita betapa banyak jasa seorang ibu terhadap anaknya.

Esok, 3/7/2013 genap usia Iman 4 bulan. Sudah makin banyak akal, pantas betul masa berlalu. Sesungguhnya beliau merupakan anugerah terindah dalam hidup ini. Syukur kepada tuhan.

Iman lagi beberapa hari nak masuk 4 bulan
Gaya tidur yang tak berubah dari kecil.